Perubatan Alternatif adalah salah satu kaedah perubatan yang menjadi pilihan pesakit termasuklah aku. Pilihan ini aku buat selepas hampir 2 minggu aku keluar dari Hospital Pusrawi tapi dengan persetujuan bersama diantara doktor dan aku.
Persetujuan bahawa perubatan Alternatif adalah pilihan dan atas risiko aku sendiri. Kena berani membuat pilihan tentang hidup!!! Hahaha.
Pengalaman tinggal selama sebulan setengah di Hospital Pantai Bangsar selepas jangkitan kuman di tempat Pembedahan Tulang Belakang (Slip Disc) yang aku jalani ketika di bulan puasa pada tahun 2012, merupakan pengalaman paling buruk dan ngeri yang aku alami dengan sebuah Hospital yang bertaraf 'HOSPITAL PAKAR'.
Dan untuk mengeluarkan kesan jangkitan tersebut, aku telah menjalani pembedahan kali kedua di tempat luka pembedahan yang pertama iaitu setengah cawan nanah telah dikeluarkan dari bahagian belakang badanku di Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak.
Nanah itu telah berada didalam badan aku selama setengah bulan dan hampir menyebabkan lumpuh di sebelah kiri badan kerana ianya telah merosakkan sebahagian daripada sarafku.
Terima kasih kepada Dr. Ozlan Izma Muhamed Kamil yang telah merawat dan bersabar dengan kerenah 'patient' yang cemas dan panik seperti aku (hahaha) sewaktu pembedahan untuk kali kedua di Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak.
No comments:
Post a Comment