Apakah yang dimaksudkan dengan Sindrom 'Carpal Tunnel' atau 'Carpal Tunnel Syndrome (CTS)'?
'Carpal tunnel' adalah laluan yang sempit di sebelah dalam pergelangan tapak tangan anda yang terdiri daripada tulang dan ligamen. Saraf median, yang mengawal deria dan pergerakan dalam ibu jari dan tiga jari pertama, melingkari melalui laluan ini bersama-sama dengan tendon untuk jari dan ibu jari. Apabila ia terpicit, terhimpit atau terhentak, anda akan berasa kebas atau otot tangan menjadi lemah atau rasa agak sengal atau kesakitan di tangan yang dipanggil 'Sindrom Carpal Tunnel'.
Apakah yang dimaksudkan dengan Otot Saraf Median? |
http://www.webmd.com/pain-management/carpal-tunnel/ss/slideshow-carpal-overview |
Penyakit 'Sindrom Carpal Tunnel' selalunya mengambil masa yang agak lama untuk dikesan.
Kenapa saya buka topik ini?
Kerana saya pernah mengalami penyakit ini yang lebih di kenali sebagai CTS atau 'Carpal Tunnel Syndrome'.
Saya akan rasa sakit apabila memegang sesuatu, seperti pensil, telefon atau buku, atau ketika memandu.
Ada ketikanya saya rasa agak sukar untuk mengenakan butang baju kerana saraf di tapak tangan akan terasa lemah dan agak kebas serta rasa seperti sakit yang menjalar keseluruhan saraf ditapak tangan saya. Saya juga sukar untuk menggenggam benda dengan tapak tangan saya tatkala rasa sakit itu datang.
Dan saat yang paling ketara.....dimana pada suatu malam saya terjaga daripada tidur kerana rasa sakit yang agak kuat pada keseluruhan tapak tangan saya. Ianya seperti rasa dicucuk dengan pin dan jarum ketika sedang tidur.
Kesudahannya.....keesokan harinya keseluruhan tapak tangan saya menjadi bengkak.
Bengkak dan teramat sakit |
Memang rasa agak terkejut ketika bangun dari tidur pada pagi itu.....hahaha.....tiba-tiba tangan jadi seperti belon!
Sampai di klinik, doktor pun agak terkejut dengan keadaan tangan aku.
Sekali pandang, nampak macam belon pun ada.....huhuhu... |
Tak semua doktor yang dapat mendiagnoskan penyakit 'Sindrom Carpal Tunnel' ni.
So.....anda kena pastikan supaya dapatkan rawatan daripada doktor yang berpengetahuan dan pakar didalam mendiagnosiskan penyakit CTS ini.
Photo: Webmd. Symptoms: Pain and Tingling
Tetapi sebelum itu, aku telah didiagnosis oleh Doktor Geetha di Klinik Kumpulan Medik, Damasara Utama dengan melakukan 'simple test' di klinik tersebut. Dan, bila dia yakin bahawa aku mengalami simptom-simptom 'Carpal Tunnel Syndrome', maka surat rujukan ke Hospital Pakar KPJ, Damansara pun dikeluarkan olehnya.
Di Hospital Pakar KPJ, Damansara, untuk mengesahkan diagnosis, doktor telah membuat satu kajian pengaliran saraf. Dalam ujian ini, elektrod yang diletakkan pada tangan dan pergelangan tangan, dan kejutan elektrik kecil digunakan untuk mengukur berapa cepat saraf median menghantar impuls.
Doktor tu mendiagnosiskan bahawa kedua-dua tapak tangan aku mengalami 'Carpal Tunnel Syndrome'.
Tiba-tiba saja doktor mengatakan bahawa kedua-dua tapak tanganku perlu pembedahan.
Apalagi, terus aku memandang tepat ke wajah doktor tersebut.
"Dua-dua sekali doktor?" aku memandang wajah doktor dengan kerisauan
*Bersambung di bahagian yang kedua
No comments:
Post a Comment