Friday 19 August 2016

Edisi Makan - Mee Jawa Suwarno Kampung Baru

Mee Jawa ini tak sama dengan mana-mana Mee Jawa yang pernah aku makan selama ini. 

Baunya saja pun sudah cukup menyelerakan. Ini diakui oleh beberapa orang yang pernah 'terhidu' bau Mee Jawa ini disaat aku membawanya pulang. Fuhhh! Sedapnyer.



Gerai ini terletak di Medan Selera yang berhadapan dengan condominium Setia Sky Residence di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Berhampiran dengan traffic light.



Dibuka selepas pukul 12.00 tengahari sehingga ke 11.00 malam.




Thursday 18 August 2016

Edisi Sihat - Perubatan Alternatif (Bahagian Kedua)

Aku memilih Perubatan Alternatif kerana gerak hati aku. Tapi dalam masa yang sama, aku buat kajian juga mengenai salah satu kaedah Perubatan Alternatif ini. Dan....aku memilih kaedah Perubatan Jawi daripada HPA Group. 

Anda pernah dengar tentang Kopi Radix - Mai Secawan?


Tapi aku bukanlah nak menceritakan tentang Kopi Radix disini.  Aku nak bercerita tentang Perubatan Jawi ini yang telah diasaskan dan berasal dari Jejawi, Perlis oleh Tn. Hj. Ismail Hj Ahmad.

Dibawah anak syarikat Jawi Medical Herb - ada barisan pengamal perubatan yang berasaskan kaedah alternatif ini. Ada beberapa kaedah perubatan yang digandingkan bersama didalam Jawi Medical Herb, iaitu:

1-Perubatan berasaskan herba
2-Kaedah akupuntur
3-Kaedah bekam
4-Kaedah kiropraktik
5-Urutan saraf
6-Urutan Jantung

Dan, aku telah memilih seorang pengamal perubatan daripada Jawi Medical Herb ini iaitu: 


Puan Khadijah Bt Jaafar



Puan Khadijah di Klinik Perubatan Alternatif beliau di Damansara Damai, Sungai Buloh, Selangor.




Diantara kursus-kursus yang beliau telah jalani untuk melayakkannya sebagai pengamal Perubatan Alternatif Jawi Medical Herb




































Kepada yang berminat untuk mencuba rawatan Alternatif ini, boleh menghubungi Puan Khadijah di nombor telefon bimbit beliau: 012-6265486

Wednesday 17 August 2016

Edisi Sihat - Perubatan Alternatif (Bahagian Pertama)

Perubatan Alternatif adalah salah satu kaedah perubatan yang menjadi pilihan pesakit termasuklah aku. Pilihan ini aku buat selepas hampir 2 minggu aku keluar dari Hospital Pusrawi tapi dengan persetujuan bersama diantara doktor dan aku.

Persetujuan bahawa perubatan Alternatif adalah pilihan dan atas risiko aku sendiri. Kena berani membuat pilihan tentang hidup!!! Hahaha.

Pengalaman tinggal selama sebulan setengah di Hospital Pantai Bangsar selepas jangkitan kuman di tempat Pembedahan Tulang Belakang (Slip Disc) yang aku jalani ketika di bulan puasa  pada tahun 2012, merupakan pengalaman paling buruk dan ngeri yang aku alami dengan sebuah Hospital yang bertaraf 'HOSPITAL PAKAR'. 



Dan untuk mengeluarkan kesan jangkitan tersebut, aku telah menjalani pembedahan kali kedua di tempat luka pembedahan yang pertama  iaitu setengah cawan nanah telah dikeluarkan dari bahagian belakang badanku di Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak. 


Nanah itu telah berada didalam badan aku selama setengah bulan dan hampir menyebabkan lumpuh di sebelah kiri badan kerana ianya telah merosakkan sebahagian daripada sarafku. 

Terima kasih kepada Dr. Ozlan Izma Muhamed Kamil yang telah merawat dan bersabar dengan kerenah 'patient' yang cemas dan panik seperti aku (hahaha) sewaktu pembedahan untuk kali kedua di Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak. 

Sunday 7 August 2016

Edisi Sihat - Carpal Tunnel Syndrome

Apakah yang dimaksudkan dengan Sindrom 'Carpal Tunnel' atau 'Carpal Tunnel Syndrome (CTS)'?


'
Carpal tunnel' adalah laluan yang sempit di sebelah dalam pergelangan tapak tangan anda yang terdiri daripada tulang dan ligamen. Saraf median, yang mengawal deria dan pergerakan dalam ibu jari dan tiga jari pertama, melingkari melalui laluan ini bersama-sama dengan tendon untuk jari dan ibu jari. Apabila ia terpicit, terhimpit atau terhentak, anda akan berasa kebas atau otot tangan menjadi lemah atau rasa agak sengal atau kesakitan di tangan yang dipanggil 'Sindrom Carpal Tunnel'.

Apakah yang dimaksudkan dengan Otot Saraf Median?

illustration of carpal tunnel
http://www.webmd.com/pain-management/carpal-tunnel/ss/slideshow-carpal-overview

Penyakit 'Sindrom Carpal Tunnel' selalunya mengambil masa yang agak lama untuk dikesan

Kenapa saya buka topik ini? 

Kerana saya pernah mengalami penyakit ini yang lebih di kenali sebagai CTS atau 'Carpal Tunnel Syndrome'.

Saya akan rasa sakit apabila memegang sesuatu, seperti pensil, telefon atau buku, atau ketika memandu. 

Ada ketikanya saya rasa agak sukar untuk mengenakan butang baju kerana saraf di tapak tangan akan terasa lemah dan agak kebas serta rasa seperti sakit yang menjalar keseluruhan saraf ditapak tangan saya. Saya juga sukar untuk menggenggam benda dengan tapak tangan saya tatkala rasa sakit itu datang.

Dan saat yang paling ketara.....dimana pada suatu malam saya terjaga daripada tidur kerana rasa sakit yang agak kuat pada keseluruhan tapak tangan saya. Ianya seperti rasa dicucuk dengan pin dan jarum ketika sedang tidur. 

Kesudahannya.....keesokan harinya keseluruhan tapak tangan saya menjadi bengkak.



Bengkak dan teramat sakit

Memang rasa agak terkejut ketika bangun dari tidur pada pagi itu.....hahaha.....tiba-tiba tangan jadi seperti belon!

Sampai di klinik, doktor pun agak terkejut dengan keadaan tangan aku. 


Sekali pandang, nampak macam belon pun ada.....huhuhu...

Tak semua doktor yang dapat mendiagnoskan penyakit 'Sindrom Carpal Tunnel' ni.  

So.....anda kena pastikan supaya dapatkan rawatan daripada doktor yang berpengetahuan dan pakar didalam mendiagnosiskan penyakit CTS ini.

illustration of nerve compression

Photo: Webmd. Symptoms: Pain and Tingling

Tetapi sebelum itu, aku telah didiagnosis oleh Doktor Geetha di Klinik Kumpulan Medik, Damasara Utama dengan melakukan 'simple test' di klinik tersebut. Dan, bila dia yakin bahawa aku mengalami simptom-simptom 'Carpal Tunnel Syndrome', maka surat rujukan ke Hospital Pakar KPJ, Damansara pun dikeluarkan olehnya.

Di Hospital Pakar KPJ, Damansara, untuk mengesahkan diagnosis, doktor telah membuat satu kajian pengaliran saraf. Dalam ujian ini, elektrod yang diletakkan pada tangan dan pergelangan tangan, dan kejutan elektrik kecil digunakan untuk mengukur berapa cepat saraf median menghantar impuls. 

electrodiagnostic test image


Doktor tu mendiagnosiskan bahawa kedua-dua tapak tangan aku mengalami 'Carpal Tunnel Syndrome'. 

Tiba-tiba saja doktor mengatakan bahawa kedua-dua tapak tanganku perlu pembedahan. 

Apalagi, terus aku memandang tepat ke wajah doktor tersebut.

"Dua-dua sekali doktor?" aku memandang wajah doktor dengan kerisauan


*Bersambung di bahagian yang kedua

Sunday 31 July 2016

Edisi Herba - Mai Secawan Kopi Radix

Ketika pertama kali saya diperkenalkan dengan kopi Radix ini, saya memandang dengan sebelah mata saja akan produk ini. Entah bagaimana pula saya mula tergerak hati untuk mencubanya.

Ada cerita yang agak kelakar ketika pertama kali mencubanya. Saya merasakan seperti ada angin yang besar didalam perut ini, tetapi selepas beberapa ketika, saya berasa lega selepas angin yang ada didalam badan dikeluarkan melalui proses yang dinamakan 'Kentut'. 

Hahaha....merana tau kalau angin yang ada didalam badan tidak dikeluarkan! 

Kopi Radix Asli juga sesuai sebagai penawar angin didalam badan.

Kopi Radix asli
Tu dia! Secawan Kopi Radix Asli yang panas - menyegarkan

Tapi awas! 
Bagi yang pertama kali menikmati Kopi Radix Asli, mungkin akan berlaku sedikit ketidak-selesaan pada diri anda. 

Beberapa hari selepas meminumnya buat pertama kali, saya berasa agak pening-pening serta tidak selesa dalam badan tetapi kawan saya menasihati saya agar teruskan mengamalkannya sekurang-kurangnya sepeket sehari dalam masa seminggu. Dan, selepas seminggu.....badan saya terasa agak ringan dan selesa. Dan pengalaman yang sama juga turut dialami seorang pemandu teksi selepas saya memberikan padanya tiga peket kecil Kopi Radix Asli untuk dia mencubanya. 

Dan, lagi satu.....sekiranya saya terasa mula nak demam, saya akan bancuh sepeket Kopi Radix Asli ini dan selepas beberapa jam badan saya akan terasa segar serta tidak ada demam (tapi kesan pada lain-lain individu mungkin tidak sama disebabkan keadaan metabolisma badan individu tersebut).



Kopi Radix Asli
Jom kita pekena secawan Kopi Radix Asli!

Tapi berhati-hati tatkala memesan kopi Radix di restoran atau digerai-gerai kerana terdapat Kopi Radix Tiruan yang dihidangkan pada para pelangan. Selain rasa yang berbeza daripada Kopi Radix Asli, ianya juga menyebabkan saya sakit kepala selepas beberapa teguk meminumnya. Saya sendiri mengalaminya ketika makan digerai di kawasan Pandan Indah dulu. Rupa-rupanya Kopi Master Radix yang tiruan yang dihidangkan pada saya!

Gambar kredit - Komiti HPA Shah Alam

Gambar kredit - Komiti HPA Shah Alam

Kopi Radix Asli ini adalah produk keluaran Muslim berbanding dengan Kopi Master Radix yang dikeluarkan oleh orang bukan Islam.


Oleh itu nikmatilah Kopi Radix Asli supaya anda tidak merana dikemudian hari!

Kopi Radix Asli - Pek Jumbo
Kopi Radix Jumbo pek (32 bungkus) - RM32.00)

Berbaloi memang berbaloi kalau beli dalam pek Jumbo ni. Harga sepeket Kopi Radix Asli hanyalah RM1.00 secawan tapi kalau di restoran atau di gerai-gerai, harganya boleh mencecah sehingga RM3.00 secawan!

Saturday 30 July 2016

Edisi Herba - Bila malam semakin larut - Radix Cereal Drink


Jom menikmati Radix Cereal Drink

Kadang-kala terasa lapar bila semakin larut malam tetapi pilihan makanan yang agak berat aku cuba hindarkan kerana badan aku pun sudah agak terlebih angka di mesin timbang! Hahaha. 

Radix Cereal Drink

Dengan ramuan Oat Segera-Gula-Krimer Bukan Tenusu-Gandum-Ekstrak Malt-Sukrosa-Jagung-Kacang Soya-Beras-Perisa yang dibenarkan - Garam Bukit -Tongkat Ali - Tebu Gajah - Larak Hutan - Mengkudu Hutan - Mata Pelanduk - Halban dan Teja Lawang, sepeket Radix Cereal Drink ini sudah cukup untuk mengenyangkan.


Radix Cereal Drink
Mai Secawan!


Radix Cereal Drink ini juga adalah Tanpa Kolesterol, jadi ianya sangat sesuailah untuk aku yang sedang berusaha untuk menjaga kesihatan ni! Huhuhu!


Tuesday 8 March 2016

Edisi Sihat - Matlamat Keselamatan Pesakit Malaysia (Malaysian Patient Safety Goals) - Hospital Selayang


Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan kempen Matlamat Keselamatan Pesakit Malaysia atau "Malaysian Patient Safety Goals" di Hospital Selayang, Selangor. 

Jom! Kita fahami dengan apa yang dimaksudkan dengan Matlamat Keselamatan Pesakit Malaysia supaya pesakit-pesakit di Malaysia lebih berilmu dan dapat memahami keadaan diri sendiri tatkala didalam kesakitan.


Matlamat Pertama - 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Matlamat Kedua

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Matlamat Ketiga

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Matlamat Keempat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Matlamat Kelima

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Matlamat Keenam

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Matlamat Ketujuh

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Matlamat Kelapan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Matlamat Kesembilan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Matlamat Kesepuluh

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Matlamat Kesebelas

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Matlamat Kedua-belas
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Matlamat Ketiga-belas

Wednesday 6 January 2016

Edisi Sihat - Tip pilihan masakan Ayam


Ayam adalah antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. 


Jom! Buat pilihan yang terbaik dalam menu diet seharian masakan Ayam yang menjadi kegemaran.

Tuesday 5 January 2016

Edisi Sihat - Tip pilihan bahan dalam makanan kita - Gula

Gula adalah antara faktor penyebab kepada penyakit diabetes. 

Dan.....sebanyak manakah gula didalam menu pemakanan seharian kita?






Sunday 3 January 2016