kehidupan yang sihat
mental dan fikiran yang sihat
pemakanan yang sihat serta bermanafaat
pergaulan dan perhubungan diantara kenalan, rakan dan saudara-mara yang sihat
Tetapi definasi SIHAT yang bagaimana yang kita inginkan didalam kehidupan?
Pengalaman aku berada didalam wad hospital selama 3 bulan lebih di dua buah hospital yang berlainan serta cuti sakit selama 6 bulan membuatkan aku lebih menghargai kehidupanku kini.
Disaat perasaanku ketika itu benar-benar "down" dengan dugaan sakit itu, Allah beri aku kekuatan dan kesihatan fikiran. Kerana DIA mahu aku terus berjuang. Kerana dengan fikiran yang sihat sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh dilakukan dengan syarat aku haruslah REDHA dengan rasa sakit ini. Kerana itulah mahalnya nilai syurga Allah.
*Sakit itu indah tatkala kita redha.....
Hospital Pantai Bangsar |
Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak |
Dan disaat inilah sebenarnya zikir Ya-Hayyu Ya-Qayyum sebanyak 1000x setiap pagi disamping solat hajat hampir setiap malam banyak membantu menguatkan jiwa dan diriku.
No comments:
Post a Comment