Sunday, 13 July 2014

Makan.Herba.Sihat - Edisi Herba

Herba adalah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat makanan dan baunya. 
Herba digunakan secara meluas dalam masakan, perubatan dan kecantikan
Bahagian hijau tumbuhan herba (daunnya) digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang. Namun, perubatan herba lebih banyak menggunakan akar, bunga, kulit pokok dan bahagian lain tumbuhan herba. Pokok yang digunakan dalam perubatan herba boleh terdiri daripada  pokok herba atau pokok renek. Mana-mana bahagian pokok herba, termasuk buah, boleh digolongkan sebagai herba.
Kini hampir setiap orang menggunakan herba. Ia mungkin dalam bentuk produk siap berasaskan herba, rempah ratus atau makanan harian. Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang sedang digunakan atau dimakan, turut mengandungi bahan herba. 

Herba dan rempah ratus jika tidak dibersihkan dengan baik akan mudah dicemari dengan logam berat dan microorganisma.



Adalah dinasihatkan agar mempelajari tentang ciri-ciri herba terlebih dahulu sebelum anda mengambil keputusan untuk menggunakan produk herba sebagai bahan pemakanan seharian mahupun didalam perubatan. 



No comments:

Post a Comment