Dua tahun lepas sewaktu ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur kerana demam denggi, doktor menyarankan agar aku minum sekurang-kurangnya 3 litter air kosong atau air masak.
"Kena minum 3 litter air, doktor?" sungguh aku rasa aku tak akan mampu untuk minum air sebanyak itu pada setiap hari.
"Minum 3 liter air kosong atau air masak sehari kalau awak nak cepat sembuh sebab demam denggi tiada ubat sebenarnya. Jadi, awak kena minum banyak air kosong atau air masak supaya platlet darah awak naik, kalau masih lagi rendah jumlah platlet darah awak, lagi lama ler awak terpaksa tinggal di hospital", doktor mengulangi arahannya
Aku terkedu memikirkan bagaimana cara yang terbaik untuk memastikan kuota 3 litter air kosong atau air masak itu berjaya aku sempurnakan pada setiap hari. Aku memang seorang yang susah sangat nak minum air kosong atau air masak.
Aku paksakan diri supaya dapat menyempurnakan misi minum air kosong atau air masak sebanyak atau sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
Dan sehingga ke hari ini....aku akan pastikan sekurang-kurangnya 3 liter sehari air kosong atau air masak sehari kerana badan akan beri isyarat atau simptom-simpton yang akan memudaratkan diriku sekiranya aku tidak melakukannya,
No comments:
Post a Comment