Antara
jenis-jenis herba yang biasa kita dengar :
- Tongkat
Ali
- Pegaga
- Mengkudu
- Dukung
Anak
- Kacip
Fatimah
- Halia
- Misai
Kucing
- Hempedu
Bumi
- Mas
Cotek
- Limau
Purut
Herba adalah
tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatan, khasiat
makanan dan baunya.
Herba banyak digunakan secara meluas dalam masakan, perubatan dan kecantikan.
Ia juga selalu dikaitkan dengan rawatan akibat gangguan makhluk halus.
Bahagian hijau pada tumbuhan herba (daunnya) digunakan
secara meluas dalam pelbagai bidang. Namun, perubatan herba lebih banyak
tertumpu dengan cara menggunakan akar, bunga, kulit pokok
dan bahagian lain tumbuhan herba. Pokok yang digunakan dalam perubatan herba
boleh terdiri daripada pokok herba atau pokok renek. Mana-mana bahagian pokok herba,
termasuk buah, boleh digolongkan sebagai herba.
Hampir setiap orang menggunakan herba didalam pemakanan
seharian mereka, samada secara sedar mahupun tanpa disedari terdapat penggunaan
herba didalam menu seharian. Ia mungkin dalam bentuk produk siap berasaskan
herba, rempah ratus atau makanan harian.
Walaupun herba memang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan, ia jugaboleh memudaratkan jika diproses atau digunakan secara salah. Contohnya, herba A disahkan bermanfaat untuk merawat penyakit tertentu, tetapi herba sama boleh memudaratkan jika diambil pada dos tinggi. Dalam konteks ini, herba sepatutnya diproses dan digunakan berdasarkan standard penggunaan yang tinggi dan tepat.
No comments:
Post a Comment