Monday, 15 June 2015

Edisi Sihat - KLINIK PENGURUSAN SAKIT/ PAIN MANAGEMENT CLINIC (2)

Bagi pesakit yang menderita dengan rasa sakit dalam jangka masa yang berpanjangan dikenali sebagai Pesakit Kronik. Mereka hidup dengan rasa sakit itu mungkin untuk sepanjang hayat mereka atau sejak mereka dilahirkan, jadi adalah penting bagi seseorang pesakit kronik belajar menangani kesakitannya dengan cara yang betul.

Jom kita mengenali Klinik Pengurusan Sakit atau Pain Management Clinic di Hospital Selayang dengan lebih jelas melalui gambar-gambar berikut.










Mengetahui 5 jenis petanda rasa sakit yang memuncak:





Mengekspresi rasa sakit agar anda akan mendapat rawatan yang betul dan sesuai dengan tahap kesakitan anda.

Ada sesetengah orang yang malu untuk mengekspresikan rasa sakit yang dialaminya kerana malu akan ditertawakan.Ini akan menyebabkan anda tidak akan mendapat rawatan dengan sewajarnya, kerana doktor atau petugas kesihatan mungkin akan menyangkakan bahawa anda tidak berada didalam tahap kesakitan yang sepatutnya anda rasakan diketika itu. 


Nasihat saya - jujurlah pada diri sendiri tatkala anda sedang berada didalam kesakitan. Luahkan rasa sakit itu dengan sewajarnya. 

















Saturday, 13 June 2015

Edisi Herba - Mengenali jenis-jenis herba

Antara jenis-jenis herba yang biasa kita dengar :
  • Tongkat Ali
  • Pegaga
  • Mengkudu
  • Dukung Anak
  • Kacip Fatimah
  • Halia
  • Misai Kucing
  • Hempedu Bumi
  • Mas Cotek
  • Limau Purut





Herba adalah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai dari segi perubatankhasiat makanan dan baunya.
















Herba banyak digunakan secara meluas dalam masakanperubatan dan kecantikan. Ia juga selalu dikaitkan dengan rawatan akibat gangguan makhluk halus.

Bahagian hijau pada tumbuhan herba (daunnya) digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang. Namun, perubatan herba lebih banyak tertumpu dengan cara menggunakan akarbunga, kulit pokok dan bahagian lain tumbuhan herba. Pokok yang digunakan dalam perubatan herba boleh terdiri daripada pokok herba atau pokok renek. Mana-mana bahagian pokok herba, termasuk buah, boleh digolongkan sebagai herba.

Hampir setiap orang menggunakan herba didalam pemakanan seharian mereka, samada secara sedar mahupun tanpa disedari terdapat penggunaan herba didalam menu seharian. Ia mungkin dalam bentuk produk siap berasaskan herba, rempah ratus atau makanan harian. 

Walaupun herba memang bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan, ia jugaboleh memudaratkan jika diproses atau digunakan secara salah. Contohnya, herba A disahkan bermanfaat untuk merawat penyakit tertentu, tetapi herba sama boleh memudaratkan jika diambil pada dos tinggi. Dalam konteks ini, herba sepatutnya diproses dan digunakan berdasarkan standard penggunaan yang tinggi dan tepat.



Monday, 8 June 2015

Edisi Sihat - Air Putih atau Air Kosong.

Dua tahun lepas sewaktu ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur kerana demam denggi, doktor menyarankan agar aku minum sekurang-kurangnya 3 litter air kosong atau air masak.




"Kena minum 3 litter air, doktor?" sungguh aku rasa aku tak akan mampu untuk minum air sebanyak itu pada setiap hari.


"Minum 3 liter air kosong atau air masak sehari kalau awak nak cepat sembuh sebab demam denggi tiada ubat sebenarnya. Jadi, awak kena minum banyak air kosong atau air masak supaya platlet darah awak naik, kalau masih lagi rendah jumlah platlet darah awak, lagi lama ler awak terpaksa tinggal di hospital", doktor mengulangi arahannya



Aku terkedu memikirkan bagaimana cara yang terbaik untuk memastikan kuota 3 litter air kosong atau air masak itu berjaya aku sempurnakan pada setiap hari. Aku memang seorang yang susah sangat nak minum air kosong atau air masak.


Aku paksakan diri supaya dapat menyempurnakan misi minum air kosong atau air masak sebanyak atau sekurang-kurangnya 3 liter sehari.


Dan sehingga ke hari ini....aku akan pastikan sekurang-kurangnya 3 liter sehari air kosong atau air masak sehari kerana badan akan beri isyarat atau simptom-simpton yang akan memudaratkan diriku sekiranya aku tidak melakukannya,


Friday, 22 May 2015

Edisi Makan - Menu berbuka puasa


Pilihan menu untuk berbuka (21 May 2015):

Nasi Ayam Sdn. Bhd.



Puas hati bila majoriti pilihan menu adalah berpihak kepada Nasi Ayam. Dan.....lagi bertambah puas hati bila dapat menikmati hasil air tangan sendiri. Hehehe

Almaklumlah bila orang yang berpuasa ni.....agak cerewet dalam pilihan makanan. Bukan kerana berlagak atau sombong tetapi kerana jika tersalah pilih makanan - diri sendiri yang merana.....huhuhu.


Apa nak buat.....badan akan jadi sensitif sekiranya tersalah makan.  Biarlah apa yang orang lain nak kata atau kutuk pun, yang penting saya lebih mengenali tubuh badan saya sendiri.


Sekiranya jatuh sakit, bukannya mereka yang mengutuk yang akan menanggung kesannya tetapi sebaliknya saya yang akan menanggung derita kesakitan akibat tersalah makan.


Yum yum.....jom makan.