Sunday, 28 September 2014

Edisi Sihat - Untuk rasa sihat ~ Solat

Bersujud dapat melegakan Sistem Pernafasan

  1. Melegakan sistem pernafasan (relieved congestion for breathing)
  2. Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
  3. Bernafas ketika sujud akan:
  • Memperbaiki kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus / fallen band womb)
  • Melegakan sakit hernia
  • Mengurangkan sakit senggugut ketika haid
  • Melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan (high parts of the lung)
  • Mengurangkan kesakitan pada pesakit appendiks atau spleen (limpa)
  • Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh
  • Meringankan bahagian pelvis
  • Memberi dorongan untuk mudah tidur
  • Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika mahu sujud dan bangun darinya. Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara automatik akan memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation)
  • Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • Mengurangkan kegemukan (obesiti) 
  • Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit bergelombang perut (convulsions)
  • Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  • Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta. Sifat sombong, riyak, takabur dapat dikikiskan.
  • Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit seperti apoplexia rapture of blood vessels dan arte ioseclerosis of celebrum.



Makan.Herba.Sihat - Edisi Sihat

Aku pasti semua orang inginkan sesuatu perkara yang amat bermakna didalam diri.....

kehidupan yang sihat
mental dan fikiran yang sihat
pemakanan yang sihat serta bermanafaat
pergaulan dan perhubungan diantara kenalan, rakan dan saudara-mara yang sihat

Tetapi definasi SIHAT yang bagaimana yang kita inginkan didalam kehidupan?

Pengalaman aku berada didalam wad hospital selama 3 bulan lebih di dua buah hospital yang berlainan serta cuti sakit selama 6 bulan membuatkan aku lebih menghargai kehidupanku kini.

Disaat perasaanku ketika itu benar-benar "down" dengan dugaan sakit itu, Allah beri aku kekuatan dan kesihatan fikiran. Kerana DIA mahu aku terus berjuang. Kerana dengan fikiran yang sihat sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh dilakukan dengan syarat aku haruslah REDHA dengan rasa sakit ini. Kerana itulah mahalnya nilai syurga Allah.

*Sakit itu indah tatkala kita redha.....
Hospital Pantai Bangsar
Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak








































Dan disaat inilah sebenarnya zikir Ya-Hayyu Ya-Qayyum sebanyak 1000x setiap pagi disamping solat hajat hampir setiap malam banyak membantu menguatkan jiwa dan diriku.