Ketika pertama kali saya diperkenalkan dengan kopi Radix ini, saya memandang dengan sebelah mata saja akan produk ini. Entah bagaimana pula saya mula tergerak hati untuk mencubanya.
Ada cerita yang agak kelakar ketika pertama kali mencubanya. Saya merasakan seperti ada angin yang besar didalam perut ini, tetapi selepas beberapa ketika, saya berasa lega selepas angin yang ada didalam badan dikeluarkan melalui proses yang dinamakan 'Kentut'.
Hahaha....merana tau kalau angin yang ada didalam badan tidak dikeluarkan!
Kopi Radix Asli juga sesuai sebagai penawar angin didalam badan.
Tu dia! Secawan Kopi Radix Asli yang panas - menyegarkan |
Tapi awas!
Bagi yang pertama kali menikmati Kopi Radix Asli, mungkin akan berlaku sedikit ketidak-selesaan pada diri anda.
Beberapa hari selepas meminumnya buat pertama kali, saya berasa agak pening-pening serta tidak selesa dalam badan tetapi kawan saya menasihati saya agar teruskan mengamalkannya sekurang-kurangnya sepeket sehari dalam masa seminggu. Dan, selepas seminggu.....badan saya terasa agak ringan dan selesa. Dan pengalaman yang sama juga turut dialami seorang pemandu teksi selepas saya memberikan padanya tiga peket kecil Kopi Radix Asli untuk dia mencubanya.
Dan, lagi satu.....sekiranya saya terasa mula nak demam, saya akan bancuh sepeket Kopi Radix Asli ini dan selepas beberapa jam badan saya akan terasa segar serta tidak ada demam (tapi kesan pada lain-lain individu mungkin tidak sama disebabkan keadaan metabolisma badan individu tersebut).
Tapi berhati-hati tatkala memesan kopi Radix di restoran atau digerai-gerai kerana terdapat Kopi Radix Tiruan yang dihidangkan pada para pelangan. Selain rasa yang berbeza daripada Kopi Radix Asli, ianya juga menyebabkan saya sakit kepala selepas beberapa teguk meminumnya. Saya sendiri mengalaminya ketika makan digerai di kawasan Pandan Indah dulu. Rupa-rupanya Kopi Master Radix yang tiruan yang dihidangkan pada saya!
Gambar kredit - Komiti HPA Shah Alam |
Gambar kredit - Komiti HPA Shah Alam |
Kopi Radix Asli ini adalah produk keluaran Muslim berbanding dengan Kopi Master Radix yang dikeluarkan oleh orang bukan Islam.
Oleh itu nikmatilah Kopi Radix Asli supaya anda tidak merana dikemudian hari!
Kopi Radix Jumbo pek (32 bungkus) - RM32.00) |
Berbaloi memang berbaloi kalau beli dalam pek Jumbo ni. Harga sepeket Kopi Radix Asli hanyalah RM1.00 secawan tapi kalau di restoran atau di gerai-gerai, harganya boleh mencecah sehingga RM3.00 secawan!