Thursday, 16 October 2014

Edisi Makan - Restoran Pakistan Mehran


Restoran Mehran
Lot 10, Jalan Ipoh 
51200 Kuala Lumpur

Mula mengenali keenakan masakan di Restoran ini sejak tahun 2010.

Sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di restoran ini, kedainya agak kelihatan buruk serta tidak seluas sekarang.

Ketika itu aku terlalu lapar dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Sungai Buloh. Tatkala, kaki melangkah ke dalam restoran ini, aroma masakan menggamit deria rasa untuk aku tidak melangkah keluar dari restoran ini.


Tukang masak ayam tandori.
Salah seorang kawan yang pernah aku bawa ke restoran ini, memberikan komen yang baik mengenai ayam tandori disini......TERBAIK!


Aneka pilihan lauk-pauk yang terdapat di restoran ini. Kualiti masakan juga dijaga. Mereka hanya menghidangkan makanan yang sentiasa dimasak baru.




Antara lauk-pauk kegemaran aku setiapkali aku makan dengan capati. Pergh! Sedap pada selera anak tekak aku.....huhuhu.




Antara pilihan minuman yang terdapat disini.






Di sebelah atas adalah "mango pickle".
Aku tak pernah rasa makanan ini dan tak adil sekiranya aku memberikan komen mengenainya.



Pilihan nasi briyani.




 Hehehe.....yummy.....



Ayam Tandoori












 Ayam Kurma
 Daging Kebab
















Dan.....untuk aku - capati 2 keping as usual berkuah kari + Ayam Masala. Capati di restoran ini tak pernah mengecewakan aku. 
Antara yang capati yang sedap yang pernah aku makan di kebanyakan restoran-restoran lain.  Dapnyer.....!


Hotel Mehran terletak disebelah tingkat atas bangunan kedai ini.