Friday 27 June 2014

Makan.Herba.Sihat - Edisi Makan


Rakyat asal Malaysia suka kepada aktiviti makan sehinggakan ianya dijadikan sebagai sebahagian daripada aktiviti soal. 

"Dah makan ke/ Jom makan/ Aku belanja kau makan kalau kau tolong aku" - adalah antara baris kata-kata trademark rakyat asal Malaysia yang terkenal dengan santun, keramahan serta kemesraannya. 


Sehinggakan tetamu yang datang ke rumah, tuan rumah adalah dianggap biadap sekiranya dia tidak menghidangkan secawan air atau sepinggan pisang goreng atau jemput-jemput bawang kepada tetamu. 


Dan, adakalanya perkataan tersebut adalah sebagai medium pembuka bicara dengan seseorang. 


Besarnya impak MAKAN didalam kehidupan rakyat asal Malaysia.